Tuesday, January 25, 2011

Peperangan Fitnah menjelang Pilihanraya Tenung

Sedih saya membaca banyak fitnah2 zina dan sebagainya yang di sebarkan. Mari lah kita bersangka baik untuk kepentingan agama, bangsa dan negara.
Semakin saya membaca fitnah2 ni, semakin saya takut untuk terus menjalani kehidupan di negara tercinta ini. Manusia sanggup berbuat berbagai perkara yang mengaibkan hanya untuk mendapat kuasa serta wang ringgit.

Kalau saya dah mula terasa takut untuk menjalani kehidupan di negara tercinta, bagaimana pula dengan anak cucu saya kelak? Terjamin kah kehidupan mereka berada di dalam keadaan harmonis di negara tercinta ini??

Kegawatan ekonomui mencengkam kehidupan kita sekarang ni...membuat ramai ibu-ibu tunggal seperti saya berada di dalam keadaan serba salah.....dan kekalutan ekonomi rumahtangga. Dengan itu saya memohon kerajaan pandang lah kami ibu-ibu tunggal ini dan bantu lah kami dalam perniagaan kami dengan membiayai pinjaman perniagaan yang fleksible daripada membelanjakan wang ringgit rakyat kepada perkara2 yang tidak menguntungkan negara seperti yang di belanjakan oleh isteri PM.

Negara makmur rakyat akan menjadi bertambah maju dan bersatu hati.

Friday, October 29, 2010

Kenapa jadi Malas????

Hari ni memang terasa Malas sangat....belum breakfast dari pagi...and now dah lunch time! Apa nak jadi ni????

Semalam dapat berita...anak kawan accident kat UK...baru 11 tahun...teruk..kesian lak. Nak menziarah jauh pulak...beribu-ribu batu dan semestinya nak pakai beribu-ribu keping biru.. merah.. hijau...Ekonomi tgh down nih...huh...bila la ekonomi nak pulih balik macam zaman Tun Mahathir dulu???....Dulu besh giler.....business masuk sampai tak menang tangan! Bank account pun cantikkkk jer....la ni semput-semput....

Doa aku agar Derick selamat dan sihat seperti biasa pas ni...Jerry, be strong for your son.

Okay la...nak pi Restoran Ayahanda jap....nak selongkar dapur restoran ..kalau-kalau terasa nak memasak selera lauk pauk kelate hari ni....kalau malas jugak lagi...makan jer apa yang tukang masak sediakan....:))))

Esok....nak masak Ikan Jelawat Lemak ...nak cuba guna cekur...mcm saranan CMG...bagi rasa ikan tu sedap lagi...thanks Che Mat...I suka blog memasak you....dalam sehari kalau tak buka rasa macam tak complete hidup ku.

See ya agan...cioa!





Sunyi ekk?

Lama benar tak menulis.....buka apa...sebok kerja menghilangkan kesunyian..,anak-anak dah besar dan dah ada kehidupan remaja masing2...jadi mak nya tak nak di layan beborak.
Depa ni lebih suka ber FB, Tweeter ngan kawan2 mereka. Hisshh....sunyi betul! Aku ambil anak angkat kan....

Saturday, October 2, 2010

Anak Teruna Bongsu Ku

1st October...birthday anak teruna saya, Alieff...dah 17 tahun anak ku. Dah berangan nak ambil lesen kereta lepas SPM nanti....hai duit lagi keluar....dah ada lesen...nak bawa kereta....duit minyak lagi...duit poket lagi....

Saya selalu pesan .....belajar...belajar ...belajar sampai peringkat tinggi ....sebab duit bukan tumbuh macam daun kat pokok...nampak gaya...mendengar kata anak teruna ni...insyaAllah ..lulus SPM nanti...masuk UITM....dapat kerja bagus...dapat pegang duit sendiri....dan mencari sinar hidup.
Saya selalu bebel....kalau mama mati esok...sape nak bagi ni semua????

Happy belated birthday Alieff....I love you and you are my Sunshine!
p/s...makan kureng sikit...badan makin melebar...

Wassaalam

Saturday, September 4, 2010

Sakit kerana Ilmu Sihir

Sakit kena ilmu sihir???? Semua orang akan kata kurafat. U percaya ke? Mana ada sihir2 di zaman moden? Itulah soalan2 yang saya hadapi ketika saya sakit bila saya beritahu kawan2...tapi hakikat yang sebenarnya..itu lah dia.

Saya di sihir sehingga fikiran saya tertutup...hilang minat di dalam segala hal termasuk menjalankan perniagaan saya untuk menutup mata pencarian saya, suami benci melihat saya sehingga dia sanggup menghina saya sebagai isterinya, di santau dan berbagai-bagai lagi. Tujuan mereka ialah supaya saya di benci suami serta sakit menempah maut. Malang bagi mereka....saya sihat tapi mereka berjaya membuat suami saya menceraikan saya. Alhamdullilah...kesihatan penting untuk hidup serta mencari rezeki.....suami lain masih boleh di cari kalau jodoh masih ada. Betul kan?

Persediaan untuk berubat secara Islam ni tak susah dan tak mengeluarkan wang yang banyak.
Saya melakukan nya sendiri, mudah saja.....kalau nak cuba sila ikut perincian ini....
1) Ambil Air masjid - angka ganjil untuk air masjid bermakna kita mengambil dari beberapa masjid ( saya guna di antara 5, 7, 9, 11 )
2) Air masjid di campurkan dengan air biasa di dalam baldi serta di bacakan dengan surah2 berikut:-
a) Mulakan dengan Istighfar 3X, Basmallah 1X, Salawat 3X, kemudian berniat di atas apa
kehendak hati kita. ( Semasa niat tu, niat sedekah Al Fatihah pada rasul kita, Nabi
Muhammad SAW, para rasul2, nabi2, wali2 Allah, orang2 beriman yang di tunjuki jalan yang
benar serta seluruh kaum muslimin muslimat, mukminin dan mukminat) (penting ni....)
b) bacakan surah al Fatihah dalam satu nafas di dalam hati.
c) bacakan surah Al Ikhlas 3X, Surah Al Fil 1X, Surah Al Falaq 1X, Surah An Nas 7X.
d) selesai membaca, tiup kan ke dalam air.
e) hadapkan baldi serta diri anda menghadap kiblat.
f) mandi ketika azan Zohor berkumandang pada hari Jumaat, serta di mulakan dengan curahan air pertama dengan bacaan Ya Allah, curahan ke dua dengan bacaan Ya Rahman, curahan ke tiga dengan bacaan Ya Rahim...serta curahan seterusnya dengan bersalawat sehingga selesai.

Mudah kan? tak payah nak jumpa bomoh ke atau dukun ke....itu semua menghabiskan duit jer...kita minta dari Allah SWT. Allah yang mendatangkan, Allah juga yang mengembalikan..kita tak payah nak minta dengan orang...kita minta sendiri...kalau kita sentiasa memohon....tak kan Dia nak berpaling muka dari kita? Sampai masa Allah akan kabulkan doa kita...
Sentiasa banyakkan istighfar, basmallah dan salawat...kalau boleh amalkan ketika memandu, berehat sambil menonton tv ....tak kira lah di mana asal jangan dalam toilet dah!

Amalkan....sekarang saya dapat ketenangan jiwa ( looking for sunshine kan???)....walau di duga macam mana pun, saya dah pandai meredhai dugaan Allah. Kalau dulu...selalu bertanya kenapa AKU? kenapa aku jer yang selalu susah?

Saya dah berjaya mencari Sinar dalam jiwa saya, dan saya harap anda semua akan berjaya seperti saya. Insyaallah..

Okay lah nanti kita jumpa lagi....blog ni akan memaparkan berbagai cerita termasuk pengalaman saya memasak di restoran saya dan saya akan paparkan sedikit sebanyak resepi2 saya yang saya belajar dari kawan2, resepi yang saya olah sendiri , sedap atau tidak...kita cuba. atau pun kita suruh Cik Mat Gebu improvisekan resepi2 tu.....

Wassalam.